Friday, July 21, 2017

SMK SBU At The National Robotic Championship (NRC) 2017

Admin bagi pihak semua warga PIBG & KSIB dan ibu bapa SMK SBU mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan Robotik SMK SBU yang telah mendapat kejayaan di Kejohanan Robotik Kebangsaan 2017 yang telah berlansung di SJKC Lai Meng Bukit Jalil..

Pasukan Robotik SMK SBU

Saturday, May 27, 2017

Tahniah Ong Cheng Zhou Menang Pingat Perak

Syabas & tahniah Admin ucapkan kepada Ong Cheng Zhou yang telah memenangi Pingat Perak dalam 2nd Speed Power International Open Taekwando Championship 2017 yang telah berlansung dari 19hb hingga 21hb mei 2017 di Stadium Badminton Kuala Lumpur.

Ong Cheng Zhou (kanan sekali) di atas podium

Sunday, May 14, 2017

Murid2 SMK SBU Di Kejohanan Silat Seni & Silat Melayu

Semalam, Sabtu 13hb Mei, dan hari ini, Ahad 14hb Mei, Pasukan Silat SMK SBU telah menyertai Kejohanan Silat Seni & Silat Melayu yang telah berlansung di Dewan Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana Ampang.

Admin telah dimaklumkan, Pasukan Silat SMK SBU telah berjaya memenangi,
  • Satu Pingat Emas
  • Dua Pingat Perak
  • Empat Pingat Gangsa
  • Anugerah Khas Pesilat Harapan Perempuan
Syabas dan Tahniah kepada para pesilat SMK SBU dengan pencapaian di atas. Semoga teruskan kecemerlangan di kejohanan-kejohanan akan datang.

Pasukan Silat SMK SBU

Lensa dari perkongsian Whatsapp Group Parents AKSB


Lensa 1

Lensa 2

Lensa 3

Lensa 4

Lensa 5

Lensa 6

Wednesday, May 10, 2017

Kejayaan Elwin di MBBC Dalam Harian Metro

Kejayaan Elwin Raj yang telah menjuarai MBBC (Malaysian Brain Bee Challenge) 2017 di Kelantan baru-baru ini telah keluar dalam akhbar Harian Metro. Syabas & Tahniah! Semoga dapat dicontohi oleh pelajar2 SMK SBU yang lain.

Berita di Harian Metro

Wednesday, May 3, 2017

Syabas Elwin Raj - Juara Kebangsaan MBBC 2017

Syabas & Tahniah kepada ELWIN RAJ, pelajar SMK SBU, yang telah menjuarai Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) yang telah diadakan di Kampus USM Kelantan. Elwin berjaya menewaskan 26 peserta lain.

Admin yakin ramai ibu bapa yang kurang tahu tentang MBBC ini. Secara ringkasnya, MBBC yang bermula pada tahun 2012 adalah satu pertandingan Neurosains untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Sila klik di sini untuk info lanjut. 

Dengan kejayaan ini, Elwin akan mewakili MALAYSIA di peringkat antarabangsa pada 3 - 6 hb Ogos nanti di Washington DC, Amerika Syarikat. Semoga Elwin berjaya mengharumkan nama SMK SBU dan Malaysia nanti.

sumber : www.medic.usm.my

Elwin Raj

Hadiah kemenangan sebagai Juara MBBC

Anugerah Al-Biruni dimenangi oleh Elwin setelah mengumpul Markah tertinggi di antara semua peserta

Elwin bersama ibu dan bapanya

Elwin
Admin berharap semoga pencapaian sebegini akan memberi galakan dan motivasi kepada semua pelajar2 SMK SBU.

Admin kongsikan tiga contoh soalan dalam pertandingan MBBC ini. Bukan calang-calang orang yang boleh menjawabnya.

Contoh Soalan 1


Contoh Soalan 2


Contoh Soalan 3


Monday, May 1, 2017

Pasukan Robotik SMK SBU di IDRIS

Admin tidak menyangka bahawa SMK SBU juga ada pasukan Robotiknya. Admin telah menonton satu movie yang bertajuk SPARE SPARTS baru-baru ini. 

Pada 23hb hingga 25hb April baru-baru ini, Pasukan Robotik SMK SBU yang diiringi oleh Cikgu Lee Saw Im telah menyertai IDRIS 2017 di Hotel Silka Maytower. Apa IDRIS ini? Sebenarnya, ia adalah singkatan kepada Innovation Design & Research International Symposium

Berikut adalah maklumat lanjut tentang IDRIS 2017.

Tentang IDRIS 2017

Bunting IDRIS 2017
Pasukan Robotik SMK SBU

Pasukan Robotik SMK SBU bersama Cg Lee Saw Im

Admin berharap Pasukan Robotik SMK SBU telah mendapat pencapaian yang paling terbaik.


[Nota Admin: Ditambah pada 14/5/2017, 11:00PM]

Admin dimaklumkan Kelab Robotik SMK SBU telah berjaya menjadi Naib Juara atau memenangi Pingat Perak dalam pertandingan ini. Berikut adalah gambar2 pelajar SMK SBU dengan medal dan sijil kemenangan mereka. Syabas & Tahniah dari Admin yang mewakili semua ibu bapa dan para pentadbir serta guru2 SMK SBU.



Pasukan Ragbi SMK SBU di KL Tigers International Rugby 10's

Pasukan Ragbi SMK SBU Bawah 13 Tahun telah menyertai KL Tigers International Rugby 10's yang telah diadakan pada 29hb dan 30 hb April 2017 di Kolej Epsom Malaysia Bandar Baru Enstek Negeri Sembilan.

Berikut adalah beberapa keping gambar:

bunting kejohanan

keputusan

foto 1

foto 2

foto 3

foto 4

foto 5

foto 6

Admin berharap Pasukan Ragbi SMK SBU akan lebih banyak berlatih agar lebih berjaya di kejohanan akan datang.