Friday, April 28, 2017

Pasukan Tarian SMK SBU Sertai "Malaysian Floor Pattern Sport Dance"

Pasukan Tarian SMK SBU menyahut cabaran membuktikan kebolehan dan bakat dalam tarian dengan menyertai Pertandingan Malaysian Floor Pattern Sport Dance yang diadakan di Istana Budaya. 

Pertandingan ini diadakan selama empat hari bermula semalam, 26/4/2017 dan akan berakhir esok, 29/4/2017. Pasukan Tarian SMK SBU telah diiringi oleh Cikgu Ruzila, Puan Hazlinda dan Cik Azura.

flyer pertandingan

Pasukan Tarian SMK SBU

pasukan2 yg bertanding

Berikut adalah aturcara pertandingan:

Aturcara 1

Aturcara 2

Aturcara 3

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini sila ke URL - http://www.istanabudaya.gov.my/?p=16353. Berita tentang pertandingan ini juga boleh didapati dalam akhbar Berita Harian online di URL - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1344891.

Semoga Pasukan Tarian SMK SBU beroleh kejayaan dalam pertandingan ini. 

Thursday, April 27, 2017

Majlis Perlantikan Badan Pengurusan Kelas & Skuad Khidmat Sekolah

Semalam pada hari Rabu, 26hb April 2017, telah diadakan Majlis Perlantikan Badan Pengurusan Kelas & Skuad Khidmat Sekolah.

foto

Syabas & Tahniah kepada murid-murid SMK SBU yang terpilih dan terlibat.

Tuesday, April 25, 2017

Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Negeri

SMK SBU telah berjaya mendapat Pingat Gangsa dalam Pertandingan Kaligrafi Cina peringkat negeri yang telah diadakan di SMK Kepong Baru baru-baru ini.

Syabas dan tahniah dari Admin.

foto

Monday, April 24, 2017

Murid2 SMK SBU di JR NBA Malaysia 2017

Beberapa orang murid SMK SBU telah menyertai Program JR NBA 2017 Klinik Kemahiran Asas Bola Keranjang yang telah diadakan di Sekolah Antarabangsa IGB Sungai Buloh baru-baru ini. Program ini merupakan anjuran bersama beberapa pihak iaitu Dutch Lady Malaysia dan NBA Asia serta Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan. 

Berikut adalah sebahagian daripada surat jemputan untuk menyertai program ini daripada Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Mehander Singh A/L Nahar Singh.

Surat dari Pengarah Bahagian Sukan KPM

Di antara faedah apabila berjaya terpilih untuk pragram ini adalah mewakili Malaysia ke luar negara, berlatih di negara China dan dapat menyaksikan perlawanan NBA secara lansung.

Sila layari laman sesawang beikut untuk mengetahui tentang program JR NBA ini.

http://jr.nba.com/jr-nba-international-programs/

http://jrnba.asia/malaysia/


Mungkin ramai yang masih tahu apa itu NBA. NBA adalah singkatan bagi National Basketball Association. Ia merupakan liga bola keranjang di benua Amerika Utara yang menampilkan aksi-aksi terbaik dari pemain bola keranjang profesional.

Di antara pemain-pemain bola keranjang lagenda NBA adalah Michael Jordan, Magic Johnson dan Larry Bird.


foto 1

foto 2

foto 3
Admin mengharapkan agar murid-murid SMK SBU berjaya terpilih dalam program ini.

Friday, April 21, 2017

Temasya Sukan SMK SBU 2017 - Gambar2 Pemenang

Temasya Sukan SMK SBU telah berlansung dengan jayanya semalam di Padang Kompleks Seri Bintang. 

Berikut adalah antara pemenang di temasya sukan tersebut.

Pemenang Pingat Perak dari Rumah Biru atau Maclay sedang terima medal

Dua orang atlet dari Rumah Merah atau Shirtliff pemenang Pingat Emas

Anis Dayana bt Abd Talib dari Rumah Cooke
Pemenang Pingat Emas acara 100 meter kategori P18

Sebelum ini Admin tidak tahu nama rumah sukan SMK SBU walaupun anak Admin telah dua tahun bersekolah di sini. Admin percaya masih ramai ibu bapa murid-murid SMK SBU yang masih tidak tahu nama rumah sukan sekolah. Malah mungkin ada yang masih tidak tahu atau lupa apa rumah sukan anak. 

Admin kongsikan di sini nama rumah sukan SMK SBU.  SMK SBU ada LIMA rumah sukan iaitu:

  1. Rumah Merah - SHIRTLIFF
  2. Rumah Biru - MACLAY
  3. Rumah Kuning - COOKE
  4. Eumah Purple - PROUSE
  5. Rumah Hijau - GREEN 
Syabas & Tahniah kepada atlet-atlet yang telah memenangi acara masing-masing.

Lagi ganbar-gambar para pemenang di temasya sukan smk sbu semalam.

Pingat Emas -  GREEN, Dinesh

Pingat Emas -  MACLAY

Pingat Emas -  SHIRTLIFF

Pingat Emas - SHIRTLIFF

Pingat Emas - GREEN

Thursday, April 20, 2017

SMK SBU Dominasi Kejohanan Catur MSSWPKL 2017 Zon Pudu

Kejohanan Catur MSSWPKL 2017 peringkat Zon Pudu telah pun berlansung dari 13 hingga 17 Mac 2017. Kejohanan ini telah diadakan di SMK Seri Mulia. 

Ada dua acara dalam Kejohanan Catur MSSWPKL peringkat Zon Pudu iaitu acara Individu dan Berpasukan. Tidak seperti acara Individu di mana terdapat empat kategori untuk sekolah menengah, acara berpasukan hanya ada dua kategori iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Perempuan. 

Empat kategori dalam acara Individu adalah P15 - Perempuan Bawah 15 Tahun, L15 - Lelaki Bawah 15 Tahun, L18 - Lelaki Bawah 18 Tahun dan P18 - Perempuan Bawah 18 Tahun.

Berikut adalah pencapaian Pasukan Catur SMK SBU di Kejohanan Catur MSSWPKL Zon Pudu 2017.

Berpasukan Perempuan

Keputusan Akhir
Pasukan Catur Perempuan SMK SBU telah berjaya menang Pingat Perak (Naib Johan) setelah menang empat daripada lima pusingan dan mengumpul 8 match point dan 17.5 game point. Pasukan ini akan bersaing di peringkat negeri yang dijadualkan pada bulan Julai bersama lima pasukan sekolah lain mewakili Zon Pudu. 


Berpasukan Lelaki

Keputusan Akhir
Pasukan Catur Lelaki SMK SBU telah mendapat tempat Keempat di kejohanan ini setelah berjaya mengumpul 7 match point dan 15 game point. Pasukan ini juga akan mewakili Zon Pudu di kejohanan catur peringkat negeri.


Individu P15

Keputusan Akhir
Looi Pui Yi berjaya menaikkan nama SMK SBU di kejohanan ini setelah berjaya memenanggi Pingat Perak dalam kategori P15 Individu. Pui Yi akan ke peringkat negeri bersama seorang lagi murid SMK SBU yang bernama, Ezrin Marissa.


Individu L15

Keputusan Akhir

Dalam kategori L15 Individu, murid Tingkatan 3 Berdikari iaitu Fahim Al-Faqeh Saleh berjaya menjadi Johan dan memenangi Pingat Emas di kejohanan ini. Fahim merupakan salah seorang murid SMK SBU yang mewakili pasukan catur negeri MSSWPKL di Kejohanan Catur MSSM tahun lepas di Kelantan. Bersama Mohamad Shahir, Fahim akan bertanding di peringkat negeri pada bulan Julai nanti.


Individu P18

Keputusan Akhir
Murid-murid SMK SBU sangat cemerlang dalam kategori P18 Individu. Seramai lima orang murid SMK SBU telah berjaya berada di keputusan akhir Top 12 yang akan bertanding di peringkat negeri. Puteri Munajjah Az-Zahraa bt Azhar mengetuai senarai dengan muncul sebagai Juara dan pemenang Pingat Emas diikuti Cecilia Tan Xi Yie yang memenangi Pingat Perak. Puteri Munajjah merupakan pemain P15 negeri dan Cecilia Tan pula merupakan pemain P18 negeri tahun lepas.

Puteri Munajjah (dua dari kanan) bersama Pasukan P15 MSSWPKL 2016

Cecilia (dua dari kiri) bersama Pasukan P18 MSSWPKL 2016

Tiga murid SMK SBU yang lain adalah Chia Zheng May, Syasya bt Azman dan Beatrice Low.


Individu L18

Keputusan Akhir

Selain menjuarai kategori L15 dan P18, Juara dan pemenang Pingat Emas bagi kategori L18 Individu juga merupakan murid SMK SBU. Jarell Cheong Tze Wen, pelajar Tingkatan 4 telah memungut mata penuh iaitu 7/7 juga adalah pemain catur negeri tahun lepas. Jarell akan ditemani oleh Muhammad Jihadi di kejohanan peringkat negeri.

Jarell (tiga dari kiri) dan Fahim (dua dari kanan) bersama Pasukan L15 MSSWPKL 2016


Syabas dan tahniah kepada semua murid-murid SMK SBU yang berjaya di kejohanan catur MSSWPKL Zon Pudu tahun ini. SMK SBU telah berjaya memenangi Tiga (3) Pingat Emas dan Tiga (3) Pingat Perak. Semoga pencapaian terbaik diperolehi di peringkat negeri Julai nanti. Sekalung tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat membantu kejayaan ini.

Admin menyarankan SMK SBU terus mencungkil bakat-bakat baru dan melatih pelapis-pelapis yang akan meneruskan kecemerlangan SMK SBU dalam sukan catur yang merupakan salah satu kebitaraan sekolah. Untuk makluman, seramai ENAM orang murid SMK SBU merupakan pemain negeri MSSWPKL di Kejohanan Catur MSSM tahun lepas.

Temasya Sukan Tahunan SMK SBU Kali Ke-16

Khamis, 20/4/2017

Pada hari ini akan berlansung Temasya Sukan Tahunan Kali ke-16. Sebahagian murid-murid SMK SBU akan bertanding dalam pelbagai acara untuk mencari sang juara. Temasya sukan kali ini akan dirasmikan oleh YDP PIBG SMK SBU iaitu Encik Indran A/L Subrumanian.

Berikut adalah jadual aturcara temasya sukan tersebut.

Muka hadapan buku aturcara 

Aturcara temasya sukan

Wednesday, April 19, 2017

Murid SMK SBU Menjuarai Pertandingan Deklamasi Sajak


Rabu, 19/4/2017, 4:30PM

Satu kejayaan telah dicapai oleh dua orang murid SMK SBU iaitu Natasya dan Sri Raam di Pertandingan Deklamasi Sajak atau Poem Recitation Competition sempena FUNTASTIC SCIENCE 2 2017 peringkat kebangssan.


Natsya dan Sri Raam menerima medal kemenangan

Tersenyum girang meraikan kemenangan

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua orang murid tersebut dan kepada semua pihak yang terlibat membantu mereka berdua. Awesome

Wakil SMK SBU di Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Inggeris


Rabu, 19/4/2017

Pada hari ini SMK SBU telah diwakili oleh murid Tingkatan 2, Sri Raam, dan murid Tingkatan 5 2, Natasya, (gambar di bawah) di Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Inggeris atau Poetry Recital Competition

Sri Raam dan Natasya

Semoga Berjaya dengan cemerlang.

[nota: Ditambah pada Khamis, 20/4/2017, 1:15AM]

Maklumat Pertandingan

Dengan bertemakan The Green Earth atau BUMI HIJAU,  Funtastic Science II telah dianjurkan oleh SMK Bandar Utama Damansara (3) yang terletak di Petaling Jaya.

Acara dipertandingkan

Sebanyak tujuh acara seperti gambar di atas dipertandingkan. Maklumat lanjut tentang syarat-syarat pertandingan bagi setiap acara boleh didapati di URL - http://myklusterakademik.blogspot.my/2017/02/funtastic-science-ii-peringkat.html

Tuesday, April 18, 2017

Aktiviti Saringan Sukan 2017


Berikut adalah beberapa aktiviti Saringan Sukan di SMK SBU.

1. 12/4/2017

Saringan Sukan 1

2.11/4/2017 - Acara Larian

Saringan Sukan 2

3. 6/4/2017 - Acara Lompat Tinggi

Saringan 3

4. 6/4/2017 - Acara Lontar Peluru

Saringan 4


Pertandingan Nyanyian Lagu Rasmi Unit Beruniform


Pasukan-pasukan Beruniform SMK SBU telah bersaing dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Rasmi Unit Beruniform pada 5 hb April baru-baru ini. Pertandingan tersebut telah diadakan dari jam 3:00 hingga 4:30 petang. 

koleksi foto 1

koleksi foto 2

Aktiviti2 Kem Pengakap Dan PKBM


Berikut adalah dua aktiviti kem yang disertai oleh sebahagian murid SMK SBU.

KEM ORIENTASI PENGAKAP

Pengakap

Pasukan Beruniform Pengakap SMK SBU telah menyertai satu program yang bernama Kem Orientasi Pengakap pada 17hb dan 18hb Mac 2017.



KEM PKBM

PKBM

Beberapa orang murid SMK SBU yang menganggotai PKBM atau Persatuan Kadet Bersatu Malaysia yang telah diadakan dari 3hb hingga 6hb April di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka.

Biro Kokurikulum & Sosial


Ahad, 16hb April 2017

Secara rasminya, Biro Kokurikulum & Sosial PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari ini di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

Banner
Dengan kerjasama PIBG SMK SBU, Biro Kokurikulum & Sosial telah berjaya menganjurkan Majlis Ramah Mesra ini. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah

Aturcara

Biro Kokurikulum & Sosial ini diketuai oleh Puan Ooi Siew Chin dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Akademik & Sahsiah, Biro Ekonomi & Kebajikan, Biro Penyelenggaraan dan Peralatan, Biro 3K & HEM dan Biro AKSB, ICT & Surau. 

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU

Ibu bapa 

Ketua Biro, Puan Ooi Siew Chin, bersama GPK Koko, Puan Ruzila Yusoff

Semoga Biro Kokurikulum & Sosial berjaya melonjakkan kecemerlangan kokurikulum SMK SBU.