Thursday, April 20, 2017

SMK SBU Dominasi Kejohanan Catur MSSWPKL 2017 Zon Pudu

Kejohanan Catur MSSWPKL 2017 peringkat Zon Pudu telah pun berlansung dari 13 hingga 17 Mac 2017. Kejohanan ini telah diadakan di SMK Seri Mulia. 

Ada dua acara dalam Kejohanan Catur MSSWPKL peringkat Zon Pudu iaitu acara Individu dan Berpasukan. Tidak seperti acara Individu di mana terdapat empat kategori untuk sekolah menengah, acara berpasukan hanya ada dua kategori iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Perempuan. 

Empat kategori dalam acara Individu adalah P15 - Perempuan Bawah 15 Tahun, L15 - Lelaki Bawah 15 Tahun, L18 - Lelaki Bawah 18 Tahun dan P18 - Perempuan Bawah 18 Tahun.

Berikut adalah pencapaian Pasukan Catur SMK SBU di Kejohanan Catur MSSWPKL Zon Pudu 2017.

Berpasukan Perempuan

Keputusan Akhir
Pasukan Catur Perempuan SMK SBU telah berjaya menang Pingat Perak (Naib Johan) setelah menang empat daripada lima pusingan dan mengumpul 8 match point dan 17.5 game point. Pasukan ini akan bersaing di peringkat negeri yang dijadualkan pada bulan Julai bersama lima pasukan sekolah lain mewakili Zon Pudu. 


Berpasukan Lelaki

Keputusan Akhir
Pasukan Catur Lelaki SMK SBU telah mendapat tempat Keempat di kejohanan ini setelah berjaya mengumpul 7 match point dan 15 game point. Pasukan ini juga akan mewakili Zon Pudu di kejohanan catur peringkat negeri.


Individu P15

Keputusan Akhir
Looi Pui Yi berjaya menaikkan nama SMK SBU di kejohanan ini setelah berjaya memenanggi Pingat Perak dalam kategori P15 Individu. Pui Yi akan ke peringkat negeri bersama seorang lagi murid SMK SBU yang bernama, Ezrin Marissa.


Individu L15

Keputusan Akhir

Dalam kategori L15 Individu, murid Tingkatan 3 Berdikari iaitu Fahim Al-Faqeh Saleh berjaya menjadi Johan dan memenangi Pingat Emas di kejohanan ini. Fahim merupakan salah seorang murid SMK SBU yang mewakili pasukan catur negeri MSSWPKL di Kejohanan Catur MSSM tahun lepas di Kelantan. Bersama Mohamad Shahir, Fahim akan bertanding di peringkat negeri pada bulan Julai nanti.


Individu P18

Keputusan Akhir
Murid-murid SMK SBU sangat cemerlang dalam kategori P18 Individu. Seramai lima orang murid SMK SBU telah berjaya berada di keputusan akhir Top 12 yang akan bertanding di peringkat negeri. Puteri Munajjah Az-Zahraa bt Azhar mengetuai senarai dengan muncul sebagai Juara dan pemenang Pingat Emas diikuti Cecilia Tan Xi Yie yang memenangi Pingat Perak. Puteri Munajjah merupakan pemain P15 negeri dan Cecilia Tan pula merupakan pemain P18 negeri tahun lepas.

Puteri Munajjah (dua dari kanan) bersama Pasukan P15 MSSWPKL 2016

Cecilia (dua dari kiri) bersama Pasukan P18 MSSWPKL 2016

Tiga murid SMK SBU yang lain adalah Chia Zheng May, Syasya bt Azman dan Beatrice Low.


Individu L18

Keputusan Akhir

Selain menjuarai kategori L15 dan P18, Juara dan pemenang Pingat Emas bagi kategori L18 Individu juga merupakan murid SMK SBU. Jarell Cheong Tze Wen, pelajar Tingkatan 4 telah memungut mata penuh iaitu 7/7 juga adalah pemain catur negeri tahun lepas. Jarell akan ditemani oleh Muhammad Jihadi di kejohanan peringkat negeri.

Jarell (tiga dari kiri) dan Fahim (dua dari kanan) bersama Pasukan L15 MSSWPKL 2016


Syabas dan tahniah kepada semua murid-murid SMK SBU yang berjaya di kejohanan catur MSSWPKL Zon Pudu tahun ini. SMK SBU telah berjaya memenangi Tiga (3) Pingat Emas dan Tiga (3) Pingat Perak. Semoga pencapaian terbaik diperolehi di peringkat negeri Julai nanti. Sekalung tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat membantu kejayaan ini.

Admin menyarankan SMK SBU terus mencungkil bakat-bakat baru dan melatih pelapis-pelapis yang akan meneruskan kecemerlangan SMK SBU dalam sukan catur yang merupakan salah satu kebitaraan sekolah. Untuk makluman, seramai ENAM orang murid SMK SBU merupakan pemain negeri MSSWPKL di Kejohanan Catur MSSM tahun lepas.

No comments:

Post a Comment