Wednesday, May 3, 2017

Syabas Elwin Raj - Juara Kebangsaan MBBC 2017

Syabas & Tahniah kepada ELWIN RAJ, pelajar SMK SBU, yang telah menjuarai Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) yang telah diadakan di Kampus USM Kelantan. Elwin berjaya menewaskan 26 peserta lain.

Admin yakin ramai ibu bapa yang kurang tahu tentang MBBC ini. Secara ringkasnya, MBBC yang bermula pada tahun 2012 adalah satu pertandingan Neurosains untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Sila klik di sini untuk info lanjut. 

Dengan kejayaan ini, Elwin akan mewakili MALAYSIA di peringkat antarabangsa pada 3 - 6 hb Ogos nanti di Washington DC, Amerika Syarikat. Semoga Elwin berjaya mengharumkan nama SMK SBU dan Malaysia nanti.

sumber : www.medic.usm.my

Elwin Raj

Hadiah kemenangan sebagai Juara MBBC

Anugerah Al-Biruni dimenangi oleh Elwin setelah mengumpul Markah tertinggi di antara semua peserta

Elwin bersama ibu dan bapanya

Elwin
Admin berharap semoga pencapaian sebegini akan memberi galakan dan motivasi kepada semua pelajar2 SMK SBU.

Admin kongsikan tiga contoh soalan dalam pertandingan MBBC ini. Bukan calang-calang orang yang boleh menjawabnya.

Contoh Soalan 1


Contoh Soalan 2


Contoh Soalan 3


No comments:

Post a Comment